Total Pageviews

23,413

Monday, February 25, 2013

Goodbye IMU

Assalamualaikum,
Dear all,

Setelah difikir-fikirkan hari ini ekin pun memberikan kata putus. Ekin tidak akan menyambung contract yang ditawarkan oleh IMU kepada ekin dan hari ini juga ekin akan memberitahu kepada leader & juga manager. Keputusan drastik sebenarnya. Demi suami demi naufal. Ini adalah keputusan yang terbaik. Pasti ada hikmahnya. Tidak pernah menyesal tidah pernah rasa rugi dan sebagainya. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. Faktor jarak, faktor masa, faktor anak yang menyebabkan ekin mengambil keputusan itu. Suami juga mengizinkannya. Dan memandangkan ianya Contract lagi maka inilah keputusan yang terbaik. Pengalaman bekerja di bidang pendidikan atau dlm bahasa orang putihnya Education field memberikan ekin banyak pengalaman yang berguna sebenarnya. Think positif. :) Memang banyak hal hal yang kadang kadang tdk masuk akal namun itulah realiti dunia pekerjaan. Mana mana kita pergi pun kita akan berhadapan dengan masalah. betul x?? dan ekin anggap ini peluang yang cukup berharga yang Allah berikan, untuk ekin menjaga Naufal sendiri. Sementara menanti kerja lain ekin akan menjadi housewife buat sementara waktu. Lately nie naufal asyik demam.. demam nak besar org tua ckp... menjadi tanggungjawab ekin untuk menjaganya. Walau apa pun ekin bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t. Ekin yakin pasti ada rezeki yang mungkin lebih baik ditempat lain. :)

Goodbye IMU. I'll miss my colleague so much kak fiza, & zira .... Thanks Kak Ina, Thanks Lum.. :)

Clever Boy!!

Assalamualaikum,

Just nak share dgn semua my son punye development. Harith Naufal dah pandai buat flying kiss..:) I'm so happy.. :) siap dia ckp "muahhhh"... hahaha...Lepas tu dah pandai cakap "cak", kononnya main hide & seek la tu.. ;) bila nampak swimming pool dia sebut "air". Bila dia nak buat sesuatu yang dia x boleh buat dia ckp "ish". Bila nampah buah buahan x kira buah apa dia sebut "buah". Bila dia nak sesuatu siap hulur tangan ckp "nak". Adoii part nie yang paling dramatik sebab hari tu kitaorg berenti tepi kedai nak beli pisang. Husband ekin yang gi beli ekin dok dlm kereta. Husband ekin pegang la plastik dlm tu ada pisang. Naufal nampak terus hulur tangan ckp "nak". Sangat la touching.. huhu.. nak nangis ekin rasa. Ekin selalu pesan dekat naufal kalau dengan mama & papa je mintak ye. Kalau dengan orang lain jangan mintak tau... Masa nie husband ekin ckp mcm mana dengan orang yg tak berkemampuan kalau anak diorang mintak kan. Ya Allah masa nie sedih sgt rasa. Bersyukur sangat dengan apa yang ekin ada sekarang nie. Alhamdulillah. Kalau nak tau naufal tersangat la suka pisang. Bila dah pandai ckp nie pandai la dia mintak.. hihi... 

Skrg nie bila kitaorg balik je dia tersangat la happy.. Siap gelak gelak lagi nampak kitaorg.. Aduhai anak.. Tu sebabnya ekin punye prinsip x akan balik lewat.... Keje sampai bila pun x abis.. Masa dengan anak adalah segala-galanya bagi ekin. :) Bila nampak naufal senyum adoi cair dibuatnya. Kan best jadi housewife!! How I wish.. :)


Monday, February 18, 2013

Our Second Anniversary 19/02/2013

Assalamualaikum,
Dear all,

Hujan rahmat di pagi hari. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... Today it's our second anniversary. :):):) Semoga cinta ini kekal hingga ke Jannah. Tq Allah dia atas kurniaan-Mu ini. Dear my husband terima kasih diatas segala-galanya. Terima kasih kerana menjadi peneman di kala susah & senang. Terima kasih kerana sentiasa berada disisi walau apa jua keadaan sekalipun. The rest of my life I'll be with you. Only with you... Insyaallah mama akan berikan didikan yang terbaik buat Harith Naufal dan juga anak anak kita yang lain kerana ia adalah amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Love you my dear husband. Happy Anniversary...

Lots of love,
Mama Naufal

Thursday, February 14, 2013

TQ Allah....

Assalamualaikum,
Dear all,

Next week is a our second anniversary... counting days... :) Happy face.. ;)
Kalau ada rezeki nak tambah ahli lagi.. Insyaallah.. Amin.. Moga dimakbulkan. 
Tq Allah diatas kurniaan-Mu ini.
Dear my husband Mohd Nazrul Rani "mama love you until jannah".



Lots of Love,
Mama Naufal

Thursday, February 7, 2013

Syurga tempatmu Sayang ~Adam Shukri~

Assalamualaikum,


Pagi nie sebelum pergi kerja ekin sempat tengok MHI. Urusan pengebumian Arwah Adam Shukri. Tersangat sedih, pilu pabila melihat wajah kedua ibu bapanya dan juga arwah. Naluri yang sungguh menyentuh perasaan. Sebelum ini ekin sering melihat page FB Adam Shukri. Melihat perkembangan beliau. Menangis ekin tatkala melihat siaran sebentar tadi. Pabila ibunya mencium adam buat kali terakhir, memeluk anaknya buat kali terakhir. Ya Allah perasaan itu terlalu sedih... terlalu sedih... semua di luar sana pun merasai perasaan itu kan... Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Berakhirlah penderitaan yang ditanggung Adam. Allah lebih menyayanginya. Tabik melihat kedua ibu bapanya yang begitu tabah dalam mengharungi dugaan Allah ini. Syurga tempatmu sayang. Damailah kamu disana. Semoga kedua ibu bapanya tabah dalam mengharungi hari hari yang mendatang. Amin.


Wednesday, February 6, 2013

To My Son

To My Son ~Harith Naufal~


Oh how the years go by,
Oh how time can certainly fly.
From once just a thought in far away dreams,
now into my arms and in my eyes gleam
the presence of you.
Your laughter and smiles
which go on for miles,
warms my heart and soul.
You're growing up so fast,
as I wish each moment with you to last forever.
My little boy will someday be a man
and right by your side I will forever stand.
I will pick up the pieces when you fall,
I will hold your hand and help you stand tall.
And when the day comes when you are on your own,
never feel that you are alone.
No matter how near or far apart
I am always right there in your heart.
Always remember whatever you go through
that no matter what, I will always love you.


Lots of Love,
Mama Naufal

Tuesday, February 5, 2013

Harith Naufal Setahun Dua Bulan

Dear all,
Assalamualaikum,

Hari ini officially anak mama dah pun menginjak ke Setahun Dua bulan... Yeay.. Alhamdulillah.. Semakin petah menyebut ayat baru... mama & papa so proud of you... :) Semalam mama dengar naufal sebut "naufal" lepas tu mama dengar lagi naufal sebut "abang". Lepas tu kalau naufal nampak je harimau ke singa ke kat tv naufal mesti akan buat bunyi "bunyi mcm panggil kucing tu" siap buat tangan lagi... hahaha.. tergelak mama dgn papa... :) Naufal boleh sebut moon "siap pandang langit lagi"... hehe.. mama x sabar nak tunggu naufal pandai cakap. Nanti adalah teman mama nak ajak borak kan... Smlm mama saja test lepaskan tangan naufal. Nampak gayanya dah blh berdiri tegak sekejap jelah... lepas tu saja je dia lembikkan badan kan... Dua hari mama cuti hari isnin dgn smlm sebab Naufal x sihat demam nak tumbuh gigi lagi... Seronok sgt mama rasa bila duduk rumah jaga naufal... :):) feeling mcm housewife.... ;) Tapi apa kan daya mama kena keje sayang.... hmmm.... 

Pagi nie masa mama & papa bersiap siap nak pergi keje Naufal buka cabinet dapur, keluarkan pinggan mama.. huwaaaaaaaaaa... for the first time naufal buat mcm tu.. sblm nie x pernah naufal buat mcm tu tau...nasib baik dua je.. kalau banyak mcm mana.. apalagi berkecai jatuh... memang la mama marah kan!! sangat marah!!! papa pun marah!!!... Nasib baik kaca x kena kaki... haiyooooo.....menangis dia sampai tersedu sedu dibuatnya... haishhhh... Hati ibu mana la yang x sebak bila tgk anak menangis.. Tapi kena jugak marah sebab biar dia tau benda yang dia buat tu salah. Alhamdulillah naufal faham bila mama & papa dia marah... Lepas tu dia x buat lagi dah.. Ekin dgn husband gunakan pendekatan marah, garang tapi tidaklah sampai memukul.. Tinggikan suara tapi tidaklah terlalu keras. Guna perkataan yang baik. Explain dekat dia kenapa dia x boleh buat sesuatu perkara tu...  Lepuk tangan atau kaki dia sedikit biar dia tau apa yang dia buat tu salah. Ekin seorang yang lembut, walaupun lembut dalam mendidik anak anak ekin agak tegas. Pernah ada beberapa family members yang gelakkan ekin bila ekin marah naufal.. Mungkin bagi mereka kelakar kot sebab "lembut" je. Walau apa pun Naufal tau bila mama dia marah. :):):) dan Alhamdulillah setakat hari nie dia x akan mengulangi lagi perbuatan yang salah itu. Semoga Harith Naufal sentiasa la mendengar kata mama & papa dia.. AMIN...

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”