Total Pageviews

Wednesday, June 13, 2012

Rindu zaman bergelar "Housewife"

Sangat sangat rindu untuk bergelar housewife kembali...  Mungkin satu hari nanti Insyaallah.. Kalau boleh nak masakkan setiap hari untuk hubby, nak besarkan Harith Naufal sendiri, nak uruskan rumah tannga sebaik baiknya.. Tidak bermakna wanita yang menjadi housewife itu tidak berilmu.. Malahan masa yang terluang mereka boleh gunakan untuk menjalankan pelbagai jenis business lebih lebih lagi dizaman IT & globalisasi ini. Mentaliti rakyat Malaysia sahaja yang sentiasa berfikiran cetek, sentiasa memandang rendah kepada wanita wanita yang tidak berkerjaya ini.  Besar ganjarannya wanita yang melakukan pengorbanan (mengorbankan kerjaya yang dikecapinya demi menjaga rumahtangganya.) Masyaallah....

Setiap pagi bila saya lihat wajah hubby hati sy terdetik bila lah agaknya sy boleh menyediakan sarapan pagi, makan tgh hari & makan mlm utk suami saya... Sy cuma dpt masakkan utk hubby bila sabtu ahad sahaja.. Itupun kalau x balik Shah Alam. Kadang-kadang hubby saya sanggup berlapar sebab x nak makan kat luar.. :( hubby ckp mkn kat luar x sedap.. membazir je.. "mama masak lagi sedap" luluh hati nie dengar.. Namun apakan daya balik je rumah dah pukul 9mlm.. x sempat nak masak.. Setiap hari makan kat umah MIL.

Bila dah ada anak perasaan nak jaga anak sendiri meronta-ronta... Saya nak tgk sendiri Harith Naufal membesar depan mata.. Nak tgk perkembangan dia.. Nak bagi sgt sgt dia b'feed secara ekslusif.. Namun apakan daya saya harus bekerja.....Walaupun x dapat nak b'feed Harith secara ekslusif.. Namun ekin bersyukur sebab masih lagi dpt b'feed Harith sehingga hari ini.. Dan masih lagi dikurniakan oleh Allah susu yang banyak utk Harith.... Memandangkan ekonomi negara yang agak tinggi pada ketika ini no choice dua dua kena bekerja utk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Hubby selalu ckp kalau boleh dia nak saya jadi housewife jaga anak anak sendiri.. Insyaallah pasti akan jadi kenyataan satu hari nanti.. :)

No comments:

Post a Comment