Total Pageviews

Wednesday, August 1, 2012

Kejadian tragis di bulan Ramadhan..

Hi all,
Assalamualaikum,

Di Bulan ramadhan yang mulia ini kita telah dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Keramat pg semalam.. Sepasang suami isteri maut dirempuh oleh sebuah bas yang dikatakan mengalami masalah brek. Si isteri sedang hamil 7 bulan anak kedua. Ya Allah... Kejadian yang menyayat hati dan amat menyentuh naluri keibuan saya ini membuatkan ekin menangis... Arwah meninggalkan seorang anak lelaki yang sangat comel br berusia 2 tahun.. Ekin pernah melalui jalan tersebut sebelum ini. Tidak sangka kemalangan ngeri itu boleh berlaku di situ. Bukit Antarabangsa berdekatan dengan Keramat. Jadi ekin dpt bygkan kemalangan itu berlaku dimana. Arwah baru sahaja menghantar anaknya di rumah pengasuh sblm kemalangan itu berlaku. Ekin x sanggup lagi nak menaip kerana hati tersangat pilu.. Kwn kwn boleh baca sendiri berita tersebut. Refer below link:


Ya Allah kau berilah ketabahan kepada anak kecil itu untuk meneruskan kehidupannya.. Kau permudahkanlah urusannya.... Amin... SEMOGA ROH ARWAH IBU & BAPANYA DICUCURI RAHMAT & TENANG DISANA.... Al-Fatihah.


1 comment:

  1. yana pun nangis masa tgk news tu mlm tadi..menyayat hati sungguh eksiden tu..tersepit kat bas..al fatihah..yan pun naik moto dgn hubby tiap hari..selalu berdoa selamat perjalanan kami demi anak2 yg masih kecil..nasib kita, kita blom tau kan...hanya tawakal dan percaya pd ALlah je ;(

    ReplyDelete