Total Pageviews

Monday, May 7, 2012

Hanya Allah yang Maha Mengetahui hati & perasaan ini

myMetro | Bayi ‘terbang’ atas jalan

Terkedu seketika ketika saya mendapat khabar berita dari rakan rakan UUMKL bahawa seorang daripada teman sekampus kami maut bersama dgn suaminya dalam kemalangan jalan raya. Walaupun berlainan course namun sy mengenali arwah kerana kami sering terserempak ketika di kampus. Pabila sy melihat fb arwah hati sy merintih pilu kerana arwah meninggalkan seorang anak lelaki. Anak lelakinya terselamat dlm nahas tersebut. Walupun sy tdk mengenali arwah dgn rapat namun tragedi ini amat amat menyentuh naluri keibuan saya. Menangis sy pabila menceritakan tragedi ini kepada suami sy. "bagaimana dgn anak arwah"? "siapa yg akan menjaga si kecil tu"? "adakah si kecik itu akan dijaga & disayangi sepertimana ibu & bapanya menjaga & mengasihinya. Saya berdoa dalam hati agar anaknya akan dijaga dgn baik, disayangi dan didik menjadi anak yg soleh. Paling paling menyentuh naluri sy adalah anaknya masih menyusu badan. Anak arwah tua sebulan dr anak sy. Harith Naufal pun bila pukul 6ptg dia dah x nak minum susu formula sebab dia tau sy akan blk dari keje.. Bygkan pula anak arwah yg tidak dapat lagi menyusu susu ibunya buat selama-lamanya.... pasti dia akan tercari cari dimana ibu & ayahnya. Terkebil-kebil mata anak kecil itu mencari ibu dan bapanya. Dia sudah mengenali siapakan ibu & ayahnya.. Ya Allah kau berilah kekuatan kepada anak kecil itu untuk melalui dugaan mu ini.

Hari ini akhbar harian metro menyiarkan berita mengenai kemalangan tersebut. Anak arwah terbang tercampak keluar dari kereta dan cedera parah di kepala. Skrg ini masih lagi berada di ICU namun anak kecil itu dlm keadaan stabil. Marilah sama sama kita mendoakan agar anak arwah sembuh seperti sediakala & marilah sama sama kita mendoakan agar arwah Siti Rohani & suaminya dicucuri rahmat. Al-fatihah...

Semoga peristiwa ini menjadi iktibar untuk kita semua. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui & menentukan perjalanan hidup kita ini... Mama dgn papa sayang Harith Naufal sgt sgt..  Ya Allah kau panjangkanlah umur kami dan berilah kami peluang untuk menjaga & mendidik khalifah mu ini.. AMIN.....

2 comments:

  1. sedih yana baca..menangis bila ekin ckp anak arwah menyusu badan..subhanallah...tak tau nak ckp apa..kita kena redah dgn pemergian mereka.nsb kita sendiri tak tau bagaimana..teringin yana nak tgk si kecil tu..ekin,kita pergi tgk anak arwah nak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana ekin sampai hari nie still bergenang air mata bila baca kisah arwah accident.. nanti yana nak gi ziarah inform ekin ye.. ekin teringin nak pergi...

      Delete