Total Pageviews

Monday, May 21, 2012

Sayang BOOLAT..

Hi semua.. Assalamualaikum,



Syukur alhamdulillah hari ahad ari tu dpt jugak ekin melawat BOOLAT (Uzair) seperti yang telah dirancangkan oleh kwn kwn UUM sebelum ini. "Bayi ajaib" yang terselamat dlm nahas seperti yg telah ekin ceritakan dalam entry sebelum ini. Masa sampai sampai tu Boolat bukan main seronok lagi dia sebab dia tgk ramai org datang... Sayu sgt rasa hati nie masa ekin dokong Boolat.. x tau nak gambarkan mcm mana perasaan tu.. bila tgk atok Boolat kesian sangat.. memang nampak kesugulan, kesedihan di wajah atuk boolat. Siapa yang boleh terima kan anak dan menantu pergi dalam sekelip mata.. "Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul". Menurut atuknya Boolat akan dijaga sepenuhnya oleh kakak ipar arwah nani.... Sepanjang ekin berada disana Boolat sgt sgt behave. Dia seolah olah mengerti mama & papanya telah tiada.. Baik sgt sgt dia... Dia x meragam pun walaupun dia tidak mengenali kami semua... Bila diagah dia tersenyum, bila diajak bergambar pun dia tersenyum... Boolat sangat suka bergambar.. Pandai dia pandang camera bila namanya dipanggil... Harith pun bukan main suka dia jumpa Boolat.. Dah pandai nak berkawan dah dia.. :) Comel je dipertemukan mereka berdua nie.. Beza umur pun sebulan je..



Boolat & Harith Naufal
 Dalam masa yg sama seronok sebab dpt jumpa dgn En Amin, dgn kwn kwn yang lain.. Rindu masa zaman study dulu.. :) Insyaallah nanti ekin plan nak jumpa lagi dgn Boolat.. Ekin sentiasa doakan Boolat sihat sihat selalu & sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Boolat kene kuat ye sayang.. Ramai yang sayang Boolat.. Jadi anak yang soleh ye sayang... nanti auntie bawak Harith Naufal jumpa dgn Boolat lagi ye..


All of us yang melawat Boolat ari tu..

 




Thursday, May 17, 2012

Ahad yang bermakna

Hi all, Assalamualaikum,



Hari ahad nie ekin dan kwn kwn yang lain akan ke Kajang utk melawat baby Uzair & ahli keluarganya yang lain. Hubby pun akan ikut sekali.. ekin bawak sekali harith naufal. Memang dia x faham apa apa tp ekin nak Harith Naufal jumpa dgn Ahmad Uzair.. Insyaallah ekin akan cuba control air mata agar tidak jatuh.. tgh menaip nie pun sebak je rasa bila teringat kat Uzair. Ekin memang nak sgt sgt jumpa dgn anak arwah.. Ya Allah semoga Kau selamatkanlah perjalanan dan urusan kami pada hari ahad ini... Amin.....

Harith Naufal mama nak bwk Harith jumpa dgn kwn baru Ahmad Uzair namanya.... Uzair dah x ada mama dgn papa dia dah... Hari ahad nie kita sesama jumpa dgn Uzair ok..

Monday, May 14, 2012

Mama yang EXCITED!!!!

Hi all Assalamualaikum,

Hari nie rasa tenang sikit sebab keje semua dah siap.. Yihaaa!! Maka bolehlah mengupdate blog nie.. Kalau tidak mau bersawang!! hihi.. :) Harith Naufal dah masuk 5 bln lebih..sangat kuat menyusu & mkn biskut... :) X lama lagi bakal menginjak ke 6 bulan & mama dia yg OVER EXCITED!!! sebab Harith Naufal dah blh makan bubur... I'm so so so EXCITED!!! Siap dah kumpul resipi semua.. :):) hubby ekin siap ckp blh percaya ke mama kamu tu harith??? hehehhehe.. Insyaallah mama akan laksanakan jugak.... mama lambat masuk office pun x pe.. Yg penting setiap pagi mama masakkan bubur utk harith.. Bak kata Org tua tua air tangan ibu... :)


                                                            My handsome boy




                                                                 Emm, Yummy

Ada beberapa resipi yg ekin dpt daripada bloggers... So mari kita share sama sama...

Resipi masakan kentang


Kentang saiz kecil 1 biji

Keju cedar 1 keping

Brokoli 2 'pokok' kecil

2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.

Rebus brokoli sehingga masak.

Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.

Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur Nasi

Bahan-bahan

Rebuskan beras (masak bubur nasi)

10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis

1 helai daun sedari

secawan air

Cara membuatnya

Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.

Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.

Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.

Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

Hidangkan.


Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu


Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu

1 sudu lobak merah dadu

1 sudu kacang pis beku1/

2 cawan air

3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

1 sudu nasi

1/4 keping tauhu

1/4 keping dada ayam - potong dadu

3 hiris lobak merah

3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

Kukus semua bahan.. *

Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi dan Kurma

Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

3 sudu nasi yang telah dimasak

1/4 cawan air suam

2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...

Masukkan semua bahan dalam pengisar

Kisar halus

Hidangkan


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

3 sudu nasi yang baru dimasak

Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang

1 ulas bawang putih

1 sudu lobak merah yang telah didadu

1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.

1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.



Ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehla kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA..


Monday, May 7, 2012

Hanya Allah yang Maha Mengetahui hati & perasaan ini

myMetro | Bayi ‘terbang’ atas jalan

Terkedu seketika ketika saya mendapat khabar berita dari rakan rakan UUMKL bahawa seorang daripada teman sekampus kami maut bersama dgn suaminya dalam kemalangan jalan raya. Walaupun berlainan course namun sy mengenali arwah kerana kami sering terserempak ketika di kampus. Pabila sy melihat fb arwah hati sy merintih pilu kerana arwah meninggalkan seorang anak lelaki. Anak lelakinya terselamat dlm nahas tersebut. Walupun sy tdk mengenali arwah dgn rapat namun tragedi ini amat amat menyentuh naluri keibuan saya. Menangis sy pabila menceritakan tragedi ini kepada suami sy. "bagaimana dgn anak arwah"? "siapa yg akan menjaga si kecil tu"? "adakah si kecik itu akan dijaga & disayangi sepertimana ibu & bapanya menjaga & mengasihinya. Saya berdoa dalam hati agar anaknya akan dijaga dgn baik, disayangi dan didik menjadi anak yg soleh. Paling paling menyentuh naluri sy adalah anaknya masih menyusu badan. Anak arwah tua sebulan dr anak sy. Harith Naufal pun bila pukul 6ptg dia dah x nak minum susu formula sebab dia tau sy akan blk dari keje.. Bygkan pula anak arwah yg tidak dapat lagi menyusu susu ibunya buat selama-lamanya.... pasti dia akan tercari cari dimana ibu & ayahnya. Terkebil-kebil mata anak kecil itu mencari ibu dan bapanya. Dia sudah mengenali siapakan ibu & ayahnya.. Ya Allah kau berilah kekuatan kepada anak kecil itu untuk melalui dugaan mu ini.

Hari ini akhbar harian metro menyiarkan berita mengenai kemalangan tersebut. Anak arwah terbang tercampak keluar dari kereta dan cedera parah di kepala. Skrg ini masih lagi berada di ICU namun anak kecil itu dlm keadaan stabil. Marilah sama sama kita mendoakan agar anak arwah sembuh seperti sediakala & marilah sama sama kita mendoakan agar arwah Siti Rohani & suaminya dicucuri rahmat. Al-fatihah...

Semoga peristiwa ini menjadi iktibar untuk kita semua. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui & menentukan perjalanan hidup kita ini... Mama dgn papa sayang Harith Naufal sgt sgt..  Ya Allah kau panjangkanlah umur kami dan berilah kami peluang untuk menjaga & mendidik khalifah mu ini.. AMIN.....