Total Pageviews

Wednesday, July 23, 2014

Confinement

Assalamualaikum

Hari nie hari ke-18 berpantang. Alhamdulillah walaupun byk sgt sgt dugaan yg perlu saya lalui kali nie sebab berpantang sendiri sekejap je dah 18 hari. Insyaallah saya kena kuat demi anak anak. Allah bagi saya kekuatan yang saya x sangka saya boleh uruskan semuanya sendiri. Mereka yg berpantang sendiri tanpa jagaan ibu tahu mcm mana rasanya. Iya jauh di sudut hati saya nak sangat sangat mama saya yang jaga. Setiap hari sy menangis sebab saya rindu yang teramat sangat. Sampailah bibik yg urut sy ckp x elok menangis masa berpantang barulah lepas tu saya kuat sikit. Minggu pertama sy berpantang di rumah mertua. Terima kasih mak tolong jaga Naufal. Mak mertua sy pun x larat sgt maka sy nekad utk berpantang dirumah sendiri. Ramai yg tanya kenapa sy x berpantang di Shah Alam???? kan senang sebab mak sendiri yang jaga. Ini adalah jawapan sy mak sy jaga anak orang. 3 beradik anak jiran saya. Yg bongsu baby dlm 3 bln mcm tu. Mak sy pulak tangan dia sakit. Blh bygkan mcm mana mak sy nak jaga saya, Naufal, Rania dgn 3 org anak jiran sy tu. Ermmmm sy x sanggup tgk mak sy keletihan. So saya gagahkan jugaklah diri untuk buat semua sendiri. Kelebihannya saya rasa sgt sgt berdikari. Saya belajar erti pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Walaupun dlm pantang sy uruskan Naufal sendiri, Rania sendiri, masak sendiri (makanan org dlm pantang senang je kan ikan bilis dgn Lada hitam, ikan pun masak dgn Lada hitam). Sy ingat pesan mak sy apa yg blh mkn apa yg x blh mkn. Walaupun pantang sendiri sy jaga makan. Sebab takut kan apa apa jadi kalau mkn main belasah je ;) Dan sy buat jugak kerja rumah cuma yg berat berat sy suruh husband sy buat. Siapa lagi nak buat kan kalau bukan sy. Kadang kadang sy lupa eh jahitan dah baik ke belum nie.. Sebab terlalu busy uruskan anak uruskan diri sendiri lagi. Almaklumlah nak pakai pilis, param, bengkung lagi. Kadang kadang sibuk sampai lupa nak mkn.

Alhamdulillah sy dapat fully bfeed Rania. Syukur Ya Allah. Semoga sy dpt fully bfeed sampai Rania 2thn. Amin. Sebab nak pastikan susu banyak sy kena jaga makan, minum kalau x kesian kat baby kan. Ok lambat lagi nak abis pantang. 44 hari kan. Fuhhhh sabor jelah. Lagi 3 hari nak raya kan bestnya tgk org lain pakai baju cantik, makan sedap sedap.. Hehe. Sy hanya mampu tgk jelah.. ;) kesian kat Naufal x beraya dia thn nie sebab mama dia dlm pantang. Takpe nanti mama abis pantang kita pergi open house jelah ye. Ok lepas nie sy nak share cerita saya deliver Rania pulak... tunggu... :)