Total Pageviews

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012 (1433H)

Hi all,
Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat bersama-sama family tercinta meraikan Aidilfitri pada tahun ini... Syukur Alhamdulillah.. Dan paling bahagia dapat meraikan hari yang mulia ini bersama dengan Harith Naufal. Yes!! Kami sangat sangat teruja.. ;) Thn nie hubby decide tema colour maroon.... :) Cuma agak terkilan sebab x dapat nak bergambar sakan.. terkejar-kejar nak beraya sana sini... huhu.. As usual first raya pagi kat umah MIL dulu.. Then dlm kul 11.30 kitaorg dah gerak ke umah mak ekin di shah alam.. pastu terus beraya sampai ptg.. malam rest main bunga api.. bukan naufal yg main, mama dia yg tolong mainkan.. hahaha.. ;) Esoknya ke Melaka.. Sampai je terus pi beraya.. Kesian Naufal letih sgt beraya.. mengamuk dia ptg tu... nak tdor.. so, kitaorg skip x pergi beraya kat 3 umah sedara.. Almaklumlah Melaka kan agak panas cuacanya.. Naufal pulak panas sikit x blh.. hadoiii.. budak budak  zaman skrg high maintenance betul.. Masuk je dlm kereta senyap terus.. x mengamuk dah.. huhu.. Esoknya kami pun pulang ke Bukit Antarabangsa balik.. Beraya di rumah MIL kembali.. This year ekin & hubby amik cuti panjang.. seminggu lebih..  memang besttt.. :) relax je.. :) org beraya kitaorg lepak je kat rumah.. sebab sedara mara x ramai dah.. maka hari raya ke-4 dah lepak je kat rumah.. ermmm.. makin lama makin hilang pulak kemeriahan hari raya tu kan..
with mama.. :)

Nyawa saya... hubby & naufal.. :)

Ada beberapa pic yang ekin nak share.. Semoga dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan & Aidilfitri pada tahun hadapan Insyaallah.. Kepada kwn kwn jemputlah raya rumah ekin.. Ekin x buat open house pun... tp pintu sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak dtg... :)








Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga... :)

Wednesday, August 15, 2012

Baby Bella..



Suka sgt tgk video nie.. Bertuahnya baby Bella.. :) Insyaallah kalau ada rezeki lebih mama bwk Naufal gi swimming class ye.. amin...



emm, patutlah anak mat salleh semuanya pandai swimming.. Mereka telah dilatih sejak kecil lagi.. :)

Tuesday, August 14, 2012

Ketentuan Yang Maha Esa

Hi all,
Assalamualaikum,

Hari nie pasti semua orang dah x sabar nak cuti raya kan?? ekin pun sama juga.. :) dok tgk jam je nie ha.. esok ekin dah start cuti.. yihaaa.. ekin apply cuti panjang sebab nak spend time dgn Harith Naufal & hubby. first time beraya sebagai mama & papa.. agak teruja sikit.. :) Dlm pada tgh happy happy td tiba tiba kwn ekin hisham bgtau ekin pasal ex-company kitaorg... dia ckp ada 3 org staff kena berhenti kerja notis 24 hours.. ekin ckp Ya Allah kesiannya.. terkejut x sangka company tu buat mcm tu lagi.. ingatkan ekin mangsa yang terakhir yang kene.. rupanya ada lagi yang kena jugak... so nampak sgt kan something wrong dgn company tu!!! & yang amat mengejutkan ialah salah seorang dari yang diberhentikan kerja itu ialah manager ekin. Ekin pernah cerita dlm entry sblm nie.. korang baca entry yg sblm nie k... Ekin tak berdendam atas apa yg dia dah buat kat ekin dahulu.. cuma perasaan terkilan atas apa yang dia lakukan pada ekin tu x pernah padam dari ingatan sehinggalah ke hari ini... Semua ini kuasa Allah s.w.t. Sudah tertulis kan buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Doa org yang teraniaya itu termakbul. Ekin tdk mendoakan dia benda yang buruk buruk.. tdk pernah terlintas.. ekin hanya simpan amarah dlm hati walaupun pada ketika itu ekin rasa macm nak lempang muka dia sebab dia dah tutup periuk nasi ekin pd ketika itu. Dan hari ini ekin berharap dia akan sedar bahawa kuasa bukan ditangannya, ekin berharap dia menyesal dgn apa yg dia dah buat kat ekin dulu, ekin berharap dia ambil iktibar & ubah perangai dia yang ego, bossy & fussy. Dan semoga dia tahu bahawa org yang dia sanjung, (manager yang lain) & rakan rakan yang dia kasihi satu ketika dahulu di company tersebut hanya mampu melihat dia meninggalkan company tersebut dan bukan dapat membantunya. Biarpun kita tdk berjumpa lagi wahai Puan, semoga anda tabah dlm mengharungi dugaan ini dan percayalah mungkin rezeki anda bukan disitu. Pasti ada hikmah diatas apa yang berlaku. 

Thursday, August 9, 2012

Iklan raya 2012 bernas




Dear all,
Assalamualaikum,

Rasanya ramai yg dah tgk iklan nie kan... Ekin br je tgk this morning.. & ini ialah iklan yang terbaik untuk Raya tahun nie.. Menusuk hati & perasaan sgt sgt..  menangis ekin tgk iklan nie.. byk maksud tersurat & tersirat yang ingin disampaikan kepada audience.  Banyak mesej yang ingin disampaikan kepada kita. Lihatlah & hayatilah iklan ini.


Moral of the story: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari nie. Jika kita fikir kita susah ada lagi mereka yang lebih susah daripada kita. Sentiasa bersederhana dgn semua perkara yang kita lakukan. Sayangi & hormatilah kedua ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada. Bahagiakanlah mereka seadanya. Kasihanilah anak anak yatim piatu yang tidak dapat merasai kemeriahan berhari raya sepertimana yang kita rasai pada setiap tahun.


Wednesday, August 1, 2012

Kejadian tragis di bulan Ramadhan..

Hi all,
Assalamualaikum,

Di Bulan ramadhan yang mulia ini kita telah dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Keramat pg semalam.. Sepasang suami isteri maut dirempuh oleh sebuah bas yang dikatakan mengalami masalah brek. Si isteri sedang hamil 7 bulan anak kedua. Ya Allah... Kejadian yang menyayat hati dan amat menyentuh naluri keibuan saya ini membuatkan ekin menangis... Arwah meninggalkan seorang anak lelaki yang sangat comel br berusia 2 tahun.. Ekin pernah melalui jalan tersebut sebelum ini. Tidak sangka kemalangan ngeri itu boleh berlaku di situ. Bukit Antarabangsa berdekatan dengan Keramat. Jadi ekin dpt bygkan kemalangan itu berlaku dimana. Arwah baru sahaja menghantar anaknya di rumah pengasuh sblm kemalangan itu berlaku. Ekin x sanggup lagi nak menaip kerana hati tersangat pilu.. Kwn kwn boleh baca sendiri berita tersebut. Refer below link:


Ya Allah kau berilah ketabahan kepada anak kecil itu untuk meneruskan kehidupannya.. Kau permudahkanlah urusannya.... Amin... SEMOGA ROH ARWAH IBU & BAPANYA DICUCURI RAHMAT & TENANG DISANA.... Al-Fatihah.