Hari nie hari ke-6 berpantang. Alhamdulillah pengalaman baru.. Seronok jugak dlm pantang nie.. Rasa manja manja gitu.. Hihi.. Bab nak mkn mcm mcm masa dlm pantang nie sungguh mencabar sekali... Adehhhh takpe takpe sabor.. Pasnie leh dah mkn apa yg kita nak kan..;) sementara baby tgh dijaga oleh mak tuk nya mama dia berblogger sekejap...
Rasa mcm x percaya dah ada anak sendiri.. Bila tgk muka Harith ekin rasa sebak sebab dah rasa pengalaman mengandung, betapa susahnya nak melahirkan.. Teringat pengorbanan seorang ibu yg membesarkan kita. Syukur Ya Allah ekin diberi peluang untuk menjadi seorang ibu.. Pengalaman melahirkan adalah kenangan yg terindah. Harith keluar awal mungkin sebab ekin byk berjalan kot.. Due 15th dec. Harith keluar 6th dec.. Alhamdulillah.. Ekin masuk ward 5th dec pukul 5.30 pagi @ hospital ampang. Pg tu tiba tiba ekin rasa ada air keluar. Terus kejut hubby bgn. Yg kelakarnya dua dua nervous sebab first baby. Punyelah kelam kabut dibuatnya. Minyak keta habis pulak so kena pi isi dulu. Lepas tu masa on the way nak pi hospital hubby silap jalan sebab gelap x nampak.. Kitaorg blh gelak gelak lagi dlm kereta.. Adoyai punyelah nervous..
Sampai je hospital doc check semua kena la admitted sebab leaking. Org tua tua kata ekin kena kembar air.. Tu yg air keluar je mcm banjir tu.. X rasa sakit lagi nak bersalin cuma air je yg keluar.... Masa waktu melawat kul 12.30 tgh hari family ekin dgn MIl, kak long dtg melawat, bwk makanan.. Tp selera x ada sebab nervous.. Rasa lapar semua dah hilang. Ptg tu doc bgtau kalau sampai pukul 5 pg ekin x rasa sakit doc akan induce. Sebab air dah keluar byk.. Mlm tu ekin dah rasa sakit contraction.. Risau sgt sebab baby pun dah kurang gerak masa tu.. Alhamdulillah lega sgt sebab dah mula rasa sakit..
8.00am (6/12) -
doc check bukaan dah 3cm, so diorang terus antar ekin gi labour room. Dup dap dup dap.. Huhu nervous sgt.. Hubby ekin sampai dlm labour room kul 9.00 pg.. Dialah peneman sampai la Harith keluar. Hubby ekin keluar dr bilk tu utk solat je. Then dialah pemberi kata kata semangat.
9.00am -
Org kata anak sulung bukaan memang lambat.. Masa nie dah start rasa sakit.. Sakit yg teramat amat.. Siapa kata bersalin x sakit???? Sakit tulah yg sebenarnya membantu kita utk meneran keluarkan baby. Subhanaallah kuasa Allah.. Disebabkan ekin x than dengan rasa sakit ekin request epidural. Masa first injection memang lega sgt.. Sebab ubat tu membantu kita x rasa sgt kesakitan yg ada.
1.00pm-
bukaan baru 4cm.
2.30pm-
bukaan pun still 4cm lagi.. Masa nie epidural dah habis... Sementara nak tunggu nurse refill dah start rasa sakit semakin kerap.
3.30pm-
bukaan dah 5cm.. Epidural kena refill lagi. Kali nie nurse masukkan extra dos sebab ekin dah x blh nak thn sakit. Rupanya sakit yg ekin rasa tu sebab kepala baby dah kat hujung. Tinggal nak teran je.. Nurse ingat contraction biasa tu yang diorang bg epidural..sekali tu bila doc nak seluk dah nampak rambut baby. Bukaan dah mencecah 9cm. Masalah utamanya ialah ekin x blh meneran sebab dah x rasa sakit. Ubat tu dah masuk kat badan ekin.. Masa nie doc, nurse semua dah prepare dah. Tp x blh buat apa sebab ekin x rasa sakit.. Then diorang off kan epidural..
4.00pm-
still x rasa sakit lagi. Nurse suruh teran jugak. Teran teran.. yg kelakarnya Ekin x reti nak teran.. Nurse dah ajar pun still salah teran lagi..
4.30pm-
Rasa sakit tp sakit x terlalu kuat. Doc bg masa sampai pukul 5pm. Ekin dah rasa give up, nak menangis semua ada sebab teran teran baby still x blh kuar lagi. Br tau susahnya nak bersalin.
5.00pm-
sakit dah terasa semakin kuat. Teran punye teran baby x keluar jugak sampailah kena marah dgn nurse. Nurse ckp shikin kalau you x teran kuat lagi doc akan korek anak you keluar. Masa nie hubby suruh ekin sabar, dia pulak yg ajar ekin teran mcm mana. Nafas ekin x panjang.. 2 hari x ada selera nak makan memang ekin weak sgt sgt.. Tu yg nak teran x kuat.
5.15pm-
ekin teran teran teran dgn sepenuh perasaan. nurse menjerit jerit dlm bilk tu bg semangat jugak. Dan brlah ekin meneran dgn betul sebab rasa sakit tu betul betul ada.
5.37pm-
Alhamdulllah Harith Naufal selamat dilahirkan secara normal. Sebak rasa bila nurse letak baby dekat atas dada. My first word to harith " Hi Harith Naufal anak mama" air mata mengalir bila tgk anak sendiri selamat melihat dunia. Syukur Ya Allah. Hubby terlalu excited.. Alhamdulillah dpt melahirkan zuriat utk hubby. Masa nie perasaan terlalu gembira, syukur sebab semuanya dah selamat. Betapa susahnya nak melahirkan seorang anak. Berat Harith 2.81kg. Harith Naufal dihantar ke NICU sebab ekin dah turun air more than 28 hours. Kesian anak mama..
8.00pm-
Ekin dihantar ke wad dgn Harith.
Harith Naufal after one hour
Itulah pengalaman yg cukup mendebarkan dalam labour room. Betul kata kawan kawan bila kita tgk muka anak kita segala kesakitan akan hilang. Memang betul. Hubby teman ekin sampai pukul 9.00 mlm je. Itu pun guard tu bg teman lama sikit. Mlm tu nurse suruh transfer ke ward second class. Nak x nak kena gagahkan diri utk bgn. Siapa yg bersalin normal tau la kan apa yg ekin rasa waktu nurse suruh berjalan tu.. ;) Alhamdulillah nasib baik x rasa sakit mungkin sebab ubat bius tu still ada lagi.. ekin bfeed harith sendiri.. Kesian kat dia sebab susu ekin x byk kuar.. nasib baik dia x menangis. elok je dia diam je dia selama dua hari dekat hospital. Alhamdulillah lepas doc dah check up Harith semuanya ok kitaorg pun blh keluar.. yihaaa.. ekin berpantang sehari kat umah MIL, lepas tu meneruskan pantang di shah alam. Lepas 44 hari dah selesai mengurut semua barulah ekin akan berpantang balik di umah MIL.
Ok sampai disini sahaja entry kali nie cause i have to take rest. Nanti ekin story mory lagi ok... :)